Saturday, February 14, 2009


RAHSIA PERSONALITI DIRI

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi. Antara jenis personaliti tersebut ialah ....
a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak
b) Personaliti Pendiam Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain
c) Personaliti Perasa Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu6. kurang mempunyai firasat
d) Peramal Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain
e) Personaliti pemikir Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan
f) Personaliti sensitif Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

TAHUKAH ANDA???

PERBEZAAN OTAK LELAKI NGAN OTAK PEREMPUAN

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,
diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia..
dibawah ini ada ujian yangmenarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas,
cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THERESULT OF YEARS OF SCIENTIFICSTUDY COMBINED WITH THEEXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!OK?
berapa banyak?tiga?

(anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THERESULT OF YEARS OF SCIENTIFICSTUDY COMBINED WITH THEEXPERIENCE OF YEARSS

alah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak PEREMPUAN
Cuba la dengan kawan2 anda untuk menguji setakat mana
kebenaran perkara ini.."

Wednesday, January 21, 2009


Apakah pendirian hidupmu?

Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu
Tepis-tepis kata yg sinis
Yang panas ku jadikan membeku
Bahagia aku kemudi selalu
Biar ku menuju jalan tak berbiku
Biarkan cemburu berkubur
Asalkan tak cemari hidupku
Biarkan ku senyum selalu
Tandanya ku tiada seteru
Jangan kau terpenjuru
Jangan kau bercelaru
Diriku bukan milikmu*